'KL Gangster: Underworld' Bakal Disambung Ke Musim Kedua

KL Gangster: Underground mencatatkan tontonan yang agak membanggakan. Siri enam episod yang merupakan spin off dari filem KL Gangster itu menceritakan pemilihan untuk menjadi ketua kongsi gelap selepas King tiada. Siri ini diarahkan oleh Faizal Ishak dan korang boleh tonton siri ini secara percuma dengan hanya mendownload aplikasi iFlix.

Berita gembira untuk semua, Nazri Vovinski Annuar selaku penulis skrip memuat naik sebuah gambar yang menunjukkan dia sedang menulis skrip untuk musim kedua siri berkenaan. Di caption pula tertulis 'here we go again...'.


KL Gangster:Underworld mungkin sebuah siri yang membuatkan ramai yang mengenali iFlix dan juga KL Gangster. Selepas filem kedua dihasilkan oleh Syamsul Yusof pada tahun 2013, kisah kehidupan gangster yang terkenal itu terhenti seketika sebelum Skop Production memilih untuk memberi nafas baru kepada filem tersebut menerusi siri KL Gangster: Underworld.




LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan