Dave Bautista Nak Marvel Terbitkan Filem Solo Watak 'Drax'


Dave Bautista, pelakon yang sebelum ini bergelar penggusti mahu melihat watak Drax the Destroyer berada dalam sebuah filem solonya yang tersendiri. Watak Drax muncul pertama kalinya dalam filem Guardians of the Galaxy yang diterbitkan pada tahun 2014. Dave Bautista kini sudah melakonkan watak Drax dalam 3 buah filem Marvel setakat ini.


Bercakap kepada MTV International ketika mempromosikan filem terbarunya, Final Score, Dave Bautista bercakap tentang keinginannya ini kerana dia percaya, backstory watak ini memang berbaloi untuk difilemkan.
I think it’s a beautiful story and I think it’s been lost and overlooked a little bit. It’s a beautiful and heartbreaking emotional thing to know where that love for his family and that heartbreak over his family being lost and murdered, where it comes from I think. I really pushed and fought for the Drax standalone film but I don’t think it’s ever going to happen. I really wish they would because I think there’s a story to be told there and I think the fans would really love to see that story, even if it’s not me portraying Drax, I just think it is an interesting story to tell. 
Walaupun sememangnya di dalam komik, watak itu ada storylinenya yang tersendiri, adalah agak kurang logik jika Marvel mahu terbitkan filem solo watak yang sudah sebati dengan kumpulannya sendiri. Lagipun, kisah Drax sebenarnya sudah dikembangkan sepanjang kemunculannya dalam ketiga-tiga filem yang menampilkan kemunculannya. 

Buat masa ini, Drax dan pasukannya Guardians of the Galaxy sedang 'tergantung sepi' gara-gara pemecatan James Gunn. Hal ini juga mempengaruhi dunia MCU yang dibina selama ini juga. Malah, Dave Bautista yang kerapkali menunjukkan sikap membantah terhadap tindakan Disney memecat pengarah Guardians of the Galaxy Vol 3 itu mungkin juga akan mempengaruhi wataknya kelak. 

Apapun, kita tunggu kemunculan Drax dalam filem Avengers 4.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan