Sekuel Terbaru 'Hantu Kak Limah' Bakal Terbit Tahun 2019?

Kejayaan filem Hantu Kak Limah arahan pengarah filem Mamat Khalid nampaknya membuatkan Astro Shaw bersorak gembira. Apa tidaknya, dalam masa hanya 18 hari, filem tersebut berjaya mengaut kutipan sebanyak RM32.5 juta. Hal ini sekaligus menjadikan Hantu Kak Limah filem yang sukar ditandingi oleh filem lain.


Mengakui kutipan Hantu Kak Limah ialah luar biasa, Gayatri Su-lin Pillai selaku penerbit filem Hantu Kak Limah ketika ditemubual Utusan Online memberi gambaran bahawa sekuel kepada filem berkenaan akan memulakan penggambaran tidak lama lagi.
HKL merupakan filem kedua terbitan Infinitus Gold dan saya sendiri tidak menjangka sambutan luar biasa yang diterima daripada filem arahan Mamat Khalid ini. Menerusi kenyataan yang diberikan Mamat, mungkin kami akan meneruskan francais filem ini. Bagaimanapun buat masa ini semuanya masih dalam proses perbincangan. Jika tiada aral filem kelima dalam siri Kampung Pisang ini dijangkakan akan ditayangkan pada tahun depan pula.
Jika sekuel Hantu Kak Limah akan muncul pada tahun 2019, sudah semestinya cerita yang berkualiti harus ada untuk digarapkan menjadi sebuah filem yang menarik. Penonton sudah menilai Hantu Kak Limah sebagai naskah yang terbaik, dan semestinya Hantu Kak Limah 4 perlu lebih baik atau setara dengan filem ini.

Filem Hantu Kak Limah merupakan filem yang berlatar belakangkan Kampung Pisang yang dibina oleh Mamat Khalid bermula dari filem Zombie Kampung Pisang pada tahun 2007. Pada tahun 2010, filem Hantu Kak Limah Balik Rumah muncul dan membuka kisah Kak Limah yang diasingkan daripada kisah Zombie yang mempunyai sekuelnya yang tersendiri. 




LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan