Proses Produksi Filem 'Guardians of the Galaxy Vol. 3' Ditangguhkan Oleh Disney?


Selepas sebulan Disney mengumumkan pengarah Guardians of the Galaxy Vol 3 dibuang daripada projek tersebut, kini filem sekuel ketiga siri Guardians of the Galaxy itu dilaporkan ditangguhkan untuk proses penggambaran. Filem ini dilaporkan dijangka akan ditayangkan pada tahun 2020. Namun, kini nampaknya ianya mungkin akan berubah.


Beberapa sumber menyatakan bahawa filem tersebut akan memulakan penggambaran pada awal 2019. Proses pra produksi pula bakal bermula dalam tahun ini juga. Namun, semua itu tidak lagi terjadi selepas James Gunn dibuang daripada Disney. Berkemungkinan akan ada pindaan tarikh dan juga penjadualan semula yang masih belum diumumkan oleh Disney.

Pemecatan James Gunn menjadikan proses ini lebih sukar. Ada juga yang menyatakan bahawa terdapat pertikaian sama ada pihak penerbit mahu menggunakan skrip asal tulisan James Gunn ataupun tidak.

Apapun, Guardians of the Galaxy Vol 3 pastinya akan berbeza tanpa James Gunn. Dengan beberapa pelakon filem tersebut yang menunjukkan sokongan terhadap James Gunn, filem ini pastinya akan menjadi rumit untuk diterbitkan dengan pengarah baru. Apapun, harapnya Guardians of the Galaxy Vol 3 akan ditayangkan dalam masa terdekat.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan