'Avengers: Infinity War': Perbandingan Babak Filem Vs Babak Trailer

Avengers: Infinity War sudah pun boleh didapati dalam format Blu-ray dan juga Digital release. Filem yang menjadi antara fenomena terhebat tahun 2018 ini mencetuskan pelbagai reaksi daripada peminat apabila filem ini akan berkesinambungan dengan Avengers 4 yang bakal ditayangkan pada 2018. Selain itu, filem ini juga, seperti beberapa filem Marvel terdahulu menyediakan babak yang berbeza daripada trailer yang ditonton.


Seorang pengguna Youtube, Zhiying Di telah memuat naik sebuah video yang membandingkan babak dari trailer filem tersebut dengan filem asal.


Didapati bahawa hampir kebanyakan babak di dalam trailer sebenarnya diubah suai ke dalam filem. Sesetengah shot ditukar latar dan juga sudut kameranya. Malah, terdapat juga beberapa babak yang hanya ada di dalam trailer tetapi tiada di dalam filem. Hal ini mungkin salah satu tindakan Marvel untuk mengelakkan plot filem tersebut bocor.

Avengers: Infinity War ditayangkan di pawagam pada April lalu dan menjadi fenomena. Filem ini diarahkan oleh Russo Brothers dan menampilkan gabungan superhero Marvel yang bersedia untuk menumpaskan Thanos. Filem ini turut memecahkan beberapa rekod tayangan dan menjadi antara filem dengan kutipan tertinggi bagi tahun 2018.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan