Kenali Pelakon Evangeline Lilly Si Gadis 'The Wasp' Yang Tangkas


Nicole Evangeline Lilly atau nama popularnya Mek Yah penjual nasi lemak 50 sen free wifi ini dilahirkan pada 3 Ogos 1979. Pelakon ini terkenal dalam siri tv Lost yang diterbitkan sekitar tahun 2004 sehingga 2010.
Selain berlakon, dia juga seorang penulis. Buku yang ditulisnya bertajuk The Squickerwonkers yang diterbitkan pada 2013. 

Buku tersebut dilancarkan di San Diego Comic Con Dan kata pengantar buku itu ditulis oleh Peter Jackson. Lilly berkahwin dengan Murray Hone dari 2003 hingga 2004. Kemudian, ketika menjalani penggambaran siri Lost pada 2004, dia menjalinkan hubungan cinta dengan Dominic Monaghan. 

Pada 2010, hasil hubungannya dengan lelaki bernama Norman Kali, Lilly melahirkan anak lelaki yang diberi nama Kahekili (makna 'guruh' dalam bahasa Hawaii) pada 21 Mei 2011. Pada Oktober 2015, anak kedua mereka dilahirkan. 



Selain menjadi seorang ibu, dia juga menjadikan bidang lakonan sebagai kerjaya utama. Namun, pada 2010, pelakon itu memilih untuk berhenti sebentar dan menghilang dari Hollywood sebelum muncul dengan filem Real Steel pada 2011. 

Kini korang boleh layan dia dalam Ant-man and the Wasp! Filem lakonannya yang mana satukah yang jadi fevret korang? Kongsi Jom!

Catat Ulasan

0 Ulasan