Dave Bautista Kritik Tindakan Disney Pecat James Gunn



Pelakon yang memegang watak Drax dalam filem Guardians of the Galaxy bersuara tentang pemecatan James Gunn daripada Disney sekaligus menggugurkannya sebagai pengarah filem Guardians of the Galaxy Vol 3. Disney mengumumkan pemecatan James Gunn kerana tweet yang berbaur seks yang mana pernah ditulis 10 tahun lepas. 


Pemecatan James Gunn mendapat pelbagai reaksi dari netizen dan juga penggemar filem Marvel. Sesetengahnya menyatakan bahawa tindakan Disney ini ialah cubaan untuk menghentikan kontroversi menjadi lebih parah. Selain itu, ada yang berpendapat bahawa tindakan Disney ialah melebihi batas.

Ramai yang mempersoalkan pemecatan James Gunn agak kurang sesuai. Seseorang itu semestinya ada masa silam. Robert Downey Jr juga mempunyai masa silam yang agak gelap sebelum dia memasuki dunia MCU sebagai Iron Man. 

Buat masa ini, pelakon lain dari filem Marvel tidak memberi maklumbalas melainkan Drax. 

Catat Ulasan

0 Ulasan