Spin-off Watak Snake Eyes Dari 'G.I Joe' Kini Dalam Perancangan

Walaupun filem-filem adaptasi G.I Joe agak gagal untuk mencipta francais yang menarik, nampaknya, salah satu karakter daripada kumpulan itu akan mendapat filem spin-offnya yang tersendiri. Perkara ini dilaporkan oleh The Hollywood Reporter bilamana Paramount telah bersetuju untuk membuat filem berdasarkan watak Snake Eye.


Studio tersebut kini dalam proses perbincangan dengan Evan Spiliotopoulos, penulis skrip Beauty and the Beast dan The Huntsman: Winter's War untuk menulis skrip berkenaan. Ada juga ura-ura menyatakan Brian Goldner akan menjadi penerbit filem ini.

Filem solo berkenaan Snake Eye ini akan menjadi filem ketiga dalam siri filem G.I Joe selepas 10 . daripada filem pertama francais ini. Paramount menerbitkan G.I Joe: The Rise of Cobra pada 2009 dan G.I Joe: Retaliation pada tahun 2013. Kedua-duanya gagal mendapat perhatian positif dari pengkritik dan gagal mendapat kutipan yang agak memberansangkan.

Kedua-dua filem tersebut menampilkan watak Snake Eyes yang dilakonkan oleh Ray Park. Ray Park terkenal sebagai watak Darth Maul dalam Star Wars: Episode 1 - The Phantom Menace dan Toad dalam filem X-Men. Walaupun wajah Snake Eyes tidak didedahkan, karakternya antara yang menjadi kegemaran penonton filem G.I Joe. 

Di masa hadapan, kita akan dapat lihat bagaimana hubungannya dengan Scarlett dan juga saudaranya, Storm Shadow akan lebih dikembangkan dalam sebuah filem. Korang teruja tak?

Catat Ulasan

0 Ulasan