Siri TV Karakter DC 'Swamp Thing' Sedang Dalam Pembikinan


DC Comics telah mengumumkan tentang perkhidmatan penstriman yang diberi nama DC Universe. Dan dilaporkan oleh The Hollywood Reporter, sebuah siri TV berkaitan watak Swamp Thing akan dibangunkan untuk siaran penstriman tersebut.



Siri tv ini akan ditulis oleh Mark Verheiden (Daredevil, Battlestar Galatica) dan Gary Dauberman (It) yang juga bertindak sebagai penerbit siri tersebut. Pengarah Aquaman, James Wan akan menjadi penerbit eksekutif bersama dengan Michael Clear dan Rob Hacket sebagai penerbit bersama. Berikut ialah sinopsis siri tv Swamp Thing
When CDC researcher Abby Arcane returns to her childhood home of Houma, Louisiana, in order to investigate a deadly swamp-borne virus, she develops a surprising bond with scientist Alec Holland — only to have him tragically taken from her. But as powerful forces descend on Houma, intent on exploiting the swamp’s mysterious properties for their own purposes, Abby will discover that the swamp holds mystical secrets, both horrifying and wondrous — and the potential love of her life may not be dead after all.
Swamp Thing pertamakalinya diperkenalkan dalam DC Comics pada sekitar tahun 1970an dan 1980an. Wes Craven sebelum ini pernah menulis dengan mengarahkan filem berkaitan watak ini pada tahun 1982. Selepas itu, pada sekitar 1990an, siri tv animasi pernah diterbitkan berkaitan watak ini.

Ada beberapa usaha juga beberapa ketika ini untuk membawa watak Swamp Thing. Namun, dengan kegagalan dan filem-filem DC dan juga pelbagai masalah, nampaknya ianya seperti angan sahaja. Apapun, siri TV ini mungkin permulaan yang baik untuk watak DC berkembang.

Catat Ulasan

0 Ulasan