Pengarah 'Infinity War' Larang Studio Filem Lain Buat Dunia Sinematik Mereka Sendiri


Marvel Cinematic Universe ialah sebuah dunia sinematik yang sangat menarik dan bercita-cita tinggi. Bermula dengan Iron Man pada tahun 2008, Marvel Cinematic Universe bergerak ke hadapan dengan menceritakan kisah-kisah superhero melalui cara yang tak pernah digunakan oleh francais filem lain. Kesemua filem ini berakhir dengan filem Infinity War yang mengubah halatuju MCU.


Walaupun Infinity War mencatat kutipan yang memberansangkan, pengarah filem Infinity War menggesa supaya pihak studio lain supaya tidak mengikut cara mereka. Ketika ditemubual Variety, Joe Russo menyatakan bahawa bukan mudah untuk mengekalkan momentum dunia sinematik yang dibina.
Yeah, don’t do it. Not everything can be sustained through a cinematic universe.
Walaupun kata-katanya kelihatan sedikit kasar dan gah, kita harus akui bahawa bukan mudah untuk mencipta dunia sinematik yang bagus. Contoh yang paling mudah ialah DC Extended Universe. Dunia sinematik mereka sememangnya berjaya terutamanya filem Wonder Woman, namun kita dapat lihat ada pelbagai plot hole terjadi kerana kesukaran untuk mengekalkan naratif dalam filem-filem mereka.
The advice would be to continue to look for new ways to tell stories,because I think the audience is open to it,” Russo elaborated. “There is traditionally a generational divide, but I think this new generation is going to advance storytelling in a way we haven’t seen in a long time because of the tech advancements in their lives and the way they are used to digesting content on YouTube and social media in much more compressed formats, more facile, fluid. And they like longterm emotional commitment, but there’s lots of ways to engender that that do not involve building out a universe.
Antara dunia sinematik yang gagal lagi ialah dari Universal Pictures yang dikenali sebagai Dark Universe. Pada tahun 2014, Dracula Untold dicadangkan sebagai permulaan kepada dunia sinematik ini walaupun kutipan filem itu agak kurang memberansangkan. Disebabkan itu, Dark Universe lalu dimulakan dengan filem reboot The Mummy. 

Studio tersebut juga sudah mengumumkan barisan pelakon seperti Russell Crowe, Johnny Depp dan Javier Bardem yang bakal terlibat. Malangnya, kegagalan filem The Mummy menyebabkan filem kedua Dark Universe, The Bride of Frankenstein terpaksa ditangguhkan sekaligus menyebabkan Dark Universe terumbang ambing.

Jadi, memang susah sebenarnya nak buat dunia sinematik yang baik. Jadi, daripada rugi, baik tak payah buat. Kan?

Catat Ulasan

0 Ulasan