Kenali Kepelbagaian Subgenre Filem Seram Yang Ramai Tak Tahu


Sesebuah genre filem sebenarnya mempunyai subgenrenya yang tersendiri. Di dalam genre filem seram, terdapat pelbagai pecahan kecil subgenre yang mendefinisikan kepelbagaian genre seram dalam sesebuah karya. Sambil rileks tu, kitorang akan explen apakah subgenre filem-filem seram yang ada.


Selepas ini, cara korang mendefinisikan genre filem seram pastinya berbeza!

1. Action Horror (aksi seram)

Filem aksi seram selalunya mempunyai kombinasi elemen aksi dan juga seram. Kadangkala, filem ini mempunyai banyak aksi pertarungan, namun ianya melibatkan kisah yang menyeramkan. Filem aksi seram yang popular ialah seperti zombie, vampire dan juga raksasa.

Contoh filem aksi seram ialah seperti Underworld (2002) dan Resident Evil (2002)

2. Slasher (pembunuh kejam)

Slasher ialah satu lagi subgenre yang mana menunjukkan satu watak utama yang psikopath dan gila. Watak utama menjadi perhatian para penonton walaupun ianya membunuh mangsa. Selalunya, filem sebegini dipenuhi dengan adegan ngeri dan sadis. Watak slasher selalunya membunuh mangsa atas alasan tertentu.

Antara contoh filem slasher ialah A Nightmare on Elm Street (1987), Saw (2004) dan Scream (1996)

3. Gothic 

Genre filem sebegini agak kurang popular dalam pembikinan filem masa kini. Filem seram gothic selalunya mengambil kisah daripada kisah rakyat yang popular dan juga lagenda kuno. Lagenda dan kisah rakyat ini dikisahkan semula dengan paparan filem yang yang agak malap dan gelap.

Contoh filem seram ghotic ialah Sleepy Hollow (1996)

4. Horror Sci-fi (sci-fi seram)

Si-fi seram ialah filem yang menggabungkan elemen sains fiksyen dan juga seram. Filem seram sebegini selalunya berlaku dalam satu garis masa yang mana lebih moden dan juga lain daripada norma asal. Kisah penaklukan makhluk asing juga dikelaskan dalam genre ini. Dalam filem bergenre sebegini, manusia ialah mangsa dan mereka perlu struggle untuk berhadapan dengan ancaman.

Antara filem si-fi seram ialah Doom (2005), Alien (1979) dam Signs (1997)

5. Comedy Horror (seram komedi)

Filem komedi horror menggabungkan elemen seram dan juga komedi. Filem sebegini selalunya memparodikan elemen seram dalam gaya lebih santai dan lawak. Filem sebegini selalunya tidak menyeramkan namun ianya ialah salah satu subgenre seram yang unik.

Antara filem seram komedi yang ada ialah Scary Movie (2000), dan Zombieland (2009).

6. Animation Horror (Seram animasi)

Seperti namanya, subgenre ini merujuk kepada filem seram animasi sama ada dalam bentuk animasi 2D ataupun 2D. Walaupun filem animasi, sesetengah filem animasi seram tidak sesuai ditonton kanak-kanak kerana adegan yang menakutkan. 

Antara filem seram animasi ialah Monster House (2005) dan Resident Evil: Degeneration (2008).

7. Psikological horror (seram psikologi)

Filem psikologi selalunya akan menyelami kisah seram dengan melebihkan emosi dan juga misteri. Elemen filem berkaitan dengan rasukan dan juga gangguan mistik oleh makhluk halus termasuk dalam subgenre ini. 

Antara contoh filem seram psikologikal ialah The Conjuring (2013) dan Annabelle (2014).

8. Body horror (tak tahu nak translate)

Body horror ialah satu subgenre horror yang mana memaparkan seksaan kejam terhadap seseorang. Di dalam filem body horror, penderaan terhadap tubuh badan dan juga idea pelik yang berkaitan dengan tubuh badan ditonjolkan lebih daripada plot filem.

Antara contoh filem body horror ialah Hostel (2005), Cannibal Holocaust (1980) dan The Human Centipede (2009)

Catat Ulasan

0 Ulasan