James Gunn Dedah Garis Masa Filem 'Guardians of the Galaxy Vol 3' Dan Easter Egg Filemnya


James Gunn, pengarah kepada dua buah filem Guardians of the Galaxy mendedahkan bahawa terlalu banyak easter egg yang gagal ditemui oleh peminat dalam dua filem yang memperkenalkan Star-lord itu. James Gunn memang gemar menyembunyikan easter egg dalam filem-filemnya. Filem Guardians of the Galaxy pertama punya satu easter egg besar yang gagal ditemui peminat. Dan begitu juga dengan Vol 2!


Baru-baru ini, James Gunn memuat naik tweet di twitternya dalam siri soalan yang sering ditanya untuk menaikkan rasa ingin tahu peminat. Dia juga memberitahu tentang Kraglin yang terselamat daripada insiden Infinity War dan beberapa persoalan unik yang tak pernah disedari oleh penonton yang menonton filem berkenaan.




Dalam siri post ini juga, kita dapat lihat bahawa James Gunn memberitahu bahawa Guardians of the Galaxy Vol 3 akan berlaku selepas kejadian dalam Avengers 4. Malah, dia juga mengesahkan bahawa Adam Warlock tidak akan muncul dalam filem Avengers 4 untuk menumpaskan Thanos. Teruja?!

Catat Ulasan

0 Ulasan