Ini Ialah Terjemahan Perkataan Terakhir Groot Sebelum 'Infinity War' Tamat



Bagi yang menonton filem Avengers: Infinity War, pastinya korang akan tahu apa ertinya dikecewakan. Filem yang berjaya memberikan pelbagai perasaan ini nampaknya tidak hanya menjadi sebuah filem superhero yang biasa-biasa. Apatah lagi, babak akhir filem ini begitu memberikan perasaan luar biasa kepada penonton.



Ya, dalam Infinity War, Thanos berjaya memusnahkan separuh kehidupan manusia. Dengan petikan jari sahaja, separuh daripada superhero kita lenyap. Antara yang lenyap ialah Groot. Di akhir filem Groot hanya mengucapkan ayatnya yang biasa iaitu 'I Am Groot'. Namun korang nak ke tahu maksud perkataan tersebut?




Di Twitter, pengarah Guardians of the Galaxy, James Gunn menjawab soalan tentang makna ayat terakhir Groot dalam Infinity War.





Dalam filem ini, Groot bertempur bersama Rocket di Wakanda untuk menumpaskan tentera Thanos. Namun, tidak ada daya untuk para Avengers untuk menumpaskan Thanos apabila kesemua enam Infinity Stones berjaya diperoleh. Mesti korang rasa lain macam bila dapat tahu apa makna perkataan terakhir Groot ni kan?

Apakah yang dimaksudkan dengan Dad itu? Dad mungkin merujuk kepada Groot asal dalam Guardians of the Galaxy. James Gunn pernah menyatakan bahawa Groot dari filem Guardians of the Galaxy vol 2 sebenarnya ialah anak kepada Groot asal.

Selain itu, perkataan Dad ini juga mungkin merujuk kepada Rocket yang selama ini menjaganya bagaikan seorang bapa.

Sedihkan. Sob3!


Catat Ulasan

0 Ulasan