Huraian Babak Kemuncak Filem 'Deadpool 2' [SPOILER ALERT]



Dengan watak Cable menyertai barisan watak filem Deadpool 2, kita semestinya dapat menjangkakan bahawa babak akhir filem ini akan menampilkan elemen time travel. Kami akan huraikan apakah yang berlaku pada pengakhiran filem ini dan kesannya kepada francais ini. Ambil maklum bahawa penulisan selepas perenggan ini mempunyai MAJOR SPOILER.



-

-

-

-

-

-

-

-

-

-









Filem Deadpool 2 bermula dengan hero kita, Wade Walson cuba untuk membunuh diri kerana satu tragedi. Namun, selepas itu, nampaknya Wade Wilson terpaksa terlibat dalam satu misi menyelamatkan Russell, seorang mutant. Di akhir filem, Deadpool 2 menyelamatkan Russell daripada ditembak oleh Cable dengan mengorbankan dirinya sendiri. 


Cable yang kesal dengan tindakannya lalu mengaktifkan kembali alat pengembaraan masa dan sekaligus menyelamatkan Deadpool. Dalam post-credit, Deadpool meminta bantuan Negasonic Teenage Warhead untuk baiki alat pengembaraan masa Cable dan mengembara ke masa lalu untuk membetulkan beberapa perkara. 



DEADPOOL BERKORBAN UNTUK SELAMATKAN RUSSELL

Pertengahan filem Deadpool lebih berfokus kepada bagaimana Deadpool yang cuba untuk menyelamatkan Russell dengan bantuan X-Force. Pada masa yang sama, Cable juga memburu Russell kerana di masa hadapan, Russell akan menjadi Firefist dan akhirnya membunuh keluarga Cable. Deadpool pula mengejar Russell atas tujuan berbeza iatu mahu mencari jalan untuk bertemu dengan Vanessa di alam kematian. 

Selepas Juggernaut mengoyak badan Deadpool sehingga terbelah, Cable datang mencari bantuan untuk menumpaskan Russell bersama-sama. Cable menjelaskan bahawa Russell perlu dibunuh. Tetapi, Deadpool pula menyatakan bahawa Russell masih ada peluang untuk dibentuk menjadi seorang yang lebih baik.

Cable, Deadpool dan Domino lalu ke Essex Home for Mutant Rehabilitation dimana Russell dan Juggernaut sudah tiba untuk melakukan huru hara. Russell memulakan serangan ke atas rumah anak yatim itu sementara Juggernaut menentang Domino, Cable dan Deadpool. Ketiga-tiganya cuba untuk menumpaskan Juggernaut sebelum Colossus datang dan cuba untuk menumpaskan Juggernaut dengan bantuan Negasonic Teenage Warhead dan Yukio. Namun, Deadpool, Domino dan Cable dilengahkan lagi apabila staf rumah anak yatim itu pula memulakan serangan.


Sementara itu, Russell mengejar pengetua rumah anak yatim itu dan cuba membakarnya. Domino bertempur dengan staf rumah anak yatim dan cuba menyelamatkan anak yatim lain daripada bahaya. Deadpool dan Cable akhirnya berjaya menemukan Russell dan cuba untuk menenangkan budak tersebut. Di akhirnya, Deadpool cuba menyerahkan dirinya dengan meletakkan kolar yang menghilangkan kuasanya dan mengelakkan dirinya sembuh dari kecederaan di leher sendiri.

Deadpool menyatakan bahawa jika Russell mahu membunuh, Deadpool harus menjadi orang yang pertama di bunuh. Ketika Russell mula mengeluarkan api dari tangannya, Cable memutuskan bahawa pujukan Deadpool tidak berjaya dan dia cuba berlari untuk mendapatkan senapangnya yang tercampak.

Dalam gerak slow-motion yang gila, Cable cuba menembak Russell namun Deadpool sempat terbang secara dramatik sekaligus menghalang peluru senapang terkena Russell. Russell yang pada mulanya marah lalu sedar bahawa Deadpool begitu menyayanginya sehingga sanggup mengorbankan nyawa untuknya. Colossus mahu membuka kolar yang dipakai Deadpool supaya kuasa penyembuhan Deadpool membantunya namun Deadpool menolak.

Deadpool mati dan akhirnya dapat bertemu Vanessa. Namun, Vanessa menyatakan bahawa belum sampai masanya mereka bertemu di alam kematian. Kenapa? Ini sebabnya.



PENGEMBARAAN MASA CABLE UNTUK SELAMATKAN DEADPOOL

Pengorbanan Deadpool bukan sahaja menyelamatkan nyawa Russell. Ianya juga sekaligus mengubah garis masa kisah hidup Cable. Selepas Cable menyedari teddy bear anaknya yang kotor bertukar menjadi bersih (menunjukkan anak dan isterinya di masa hadapan kini hidup bahagia dan tidak dibunuh oleh Firefist), Cable menggunakan caj terakhir alat pengembaraan masanya untuk kembali kepada masa ketibaan mereka di rumah anak yatim.


Ketika inilah, Cable menceritakan tentang anaknya bernama Hope sebelum menyentuh dada Deadpool. Pertarungan bermula sekali lagi namun ianya lebih dipercepatkan. Apabila tiba kepada babak dramatik Russell mahu mengeluarkan kuasa apinya dan Deadpool mahu menyelamatkan Russell daripada tembakan Cable, Deadpool terselamat dan tidak mati.

Deadpool mengetahui bahawa peluru Cable terkena token milik Vanessa yang dicuri oleh Cable di pertengahan filem. Dan token itu dimasukkan di dada ketika Cable menepuk dada Deadpool sebelum pertempuran bermula.

Dalam garis masa ini, anak dan isteri Cable masih terselamat, namun Cable dah tidak mampu untuk pulang ke masa hadapan untuk bertemu mereka. Jadi, dia memilih untuk bersama mereka di sini untuk mengelakkan perperangan di masa hadapan. Domino, Deadpool dan Cable lalu bergerak dari rumah anak yatim tersebut sebelum mereka dipanggil oleh pengetua dengan marahnya mengeluarkan sentimen anti mutan. 

Ketika Cable mahu membunuhnya, Deadpool tidak membenarkan namun teksi Dopinder sempat mengehentam pengetua sekaligus membunuhnya. 

BABAK POST-CREDIT 

Deadpool 2 ada beberapa post-credit. Babak pertama bermula dengan menunjukkan Negasonic Teenage Warhead membaiki alat pengembaraanmasa Cable. Selepas Deadpool pergi bersama dengan alat tersebut yang selesai dibaiki, Negasonic mengeluh dan berkata, "What have we done?"

Wade mengembara ke masa Vanessa dibunuh. Kali ini, Deadpool berjaya membunuh penyerang sebelum Vanessa ditembak. Maka, Vanessa tidak mati (maka adakah ini menunjukkan bahawa kesemua insiden filem ini sudah 'tidak terjadi'?) Kemudiannya, Deadpool pergi menyelamatkan Peter daripada kematiannya (tapi dia tak selamatkan member X-Force lain?)


Selepas itu, dia pergi pula ke babak dari filem X-Men: Origins: Wolverine dimana Deadpool masuk campur sebelum Wolverine dan Deadpool versi filem tersebut bertempur. Deadpool tembak Deapool filem tersebut dan memberitahu Logan bahawa dia sedang cuba untuk membaiki garis masa. Seterusnya, Deadpool mengembara ke masa Ryan Reynolds bersetuju menerima watak sebagai Green Lantern.

Deadpool lalu tembak Ryan Reynolds dan berkata, "You're welcome, Canada"



DEADPOOL 3 ATAU X FORCE?

Deadpool 2 memperkenalkan pasukan X-Force yang mana mungkin menjadi agenda terbaru francais ini. Namun, pasukan X-Force nampaknya menemui kematian yang mengerikan dalam filem ini dan hanya yang terselamat ialah Domino sahaja. Persoalannya, adakah X-Force yang sebenar dalam filem ini ialah Deadpool, Domino, Cable, Firefist, Colossus dan Dopinder?

Yukio juga berkemungkinan sebahagian daripada X-Force secara teorinya. Ini berdasarkan nota yang tertulis "The X-Force is strong with this one" di sebelah nama pelakon Yukio, Shioli Kutsuna. Zazie Beetz semestinya akan kembali dalam filem X-Force, manakala Josh Brolin ada empat filem yang dirancang dengan watak Cable. Firefist lakonan Julian Dennison nampak sesuai untuk pasukan ini. Manakala Colossus pula mungkin akan berpindah dari X-Men ke X-Force.

Deadpool dan Dopinder pula menjadi satu tanda tanya. Adakah Deadpool akan ada Deadpool 3 atau akan bergabung dalam X-Force. Menurut Ryan Reynold, Deadpool 3 berkemungkinan takkan berlaku dalam masa terdekat. Deadpool pasti akan muncul lagi dalam filem X-Force secara teorinya. Vanessa juga berkata bahawa Wade akan menemui sebab kenapa dia tidak boleh mati sekarang. 

Jadi, Deadpool 3 atau X-Force, ianya bergantung kepada penerbit.

Catat Ulasan

0 Ulasan