Carnage Hanya Cameo Dalam 'Venom', Bakal Diutamakan Dalam Sekuel


Watak lakonan Woody Harrelson dalam filem Venom disahkan bukanlah sebuah watak yang utama. Namun, ianya ialah permulaan kepada watak yang lebih utama dalam filem sekuelnya. Venom merupakan percubaan Sony yang terbaru untuk mengadaptasi watak dalam dunia Spider-man. Pihak Marvel sebelum ini sudah mengesahkan bahawa Venom bukanlah sebahagian daripada MCU.


Peter Parker dijangka akan membuat kemunculan dalam filem ini. Satu laporan juga mendedahkan bahawa Carnage juga akan membuat kemunculan dalam filem ini dan ada khabar angin bahawa Woody Harrelson bakal memegang watak ini.

Namun, Woody Harrelson tidak pernah mendedahkan watak apa yang bakal dilakonkan dalam filem ini. Dalam satu temubual bersama Collider, Woody Harrelson menyatakan bahawa berita tentang dirinya memegang watak Carnage hanyalah sekadar khabar angin yang tidak boleh disahkan. Malah, dia menyatakan bahawa wataknya hanyalah sekadar cameo dan mungkin akan menjadi watak utama dalam sekuel.
I’m in a little fraction of this movie, but I’ll be in the next one, you know? So I haven’t read that script, but anyways, just rolled the dice. 
Dengan kemunculan pelakon ini yang disahkan, mungkin juga bahawa watak yang dipegang oleh Woody Harrelson sudah boleh diduga. Adakah Woody Harrelson akan memegang watak Carnage ataupun tidak? Semuanya hanya boleh diketahui apabila Venom di pawagam kelak.

Catat Ulasan

0 Ulasan