Sekuel 'Cloverfield' Seterusnya Kini Dalam Pembikinan


Paramount mengesahkan bahawa mereka sedang dalam proses untuk membikin sekuel kepada filem found footage Cloverfield yang diterbitkan pada tahun 2008. Kali ini, sekuel ini akan berkesinambungan terus dari filem tersebut dan bukannya seperti 10 Cloverfield Lane dan juga Paradox. 



Lapan tahun selepas filem pertama, universe filem Cloverfield dikembangkan dengan 10 Cloverfield Lane. Filem ini pada asalnya tiada kaitan langsung dengan kisah Cloverfield, namun diadaptasi untuk disesuaikan dengan universe filem Cloverfield. Begitu juga dengan Cloverfield Paradox yang disiarkan di Netflix, ianya bermula dengan naskah yang tiada kaitan pun dengan filem Cloverfield sebelum diubahsuai.

Paramount mengesahkan tentang sekuel kepada Cloverfield di CinemaCon dan menyatakan bahawa filem tersebut akan ditayangkan dalam masa terdekat. Kali ini, mereka mengesahkan bahawa filem itu akan ditayangkan di pawagam dan bukannya di Netflix lago.


Catat Ulasan

0 Ulasan