Filem Reboot Adaptasi 'Doom' Bakal Dihasilkan Oleh Universal Studio



Doom ialah siri permainan game yang memang dikenali. Permainan first-shooter ini antara permainan yang digemari ramai peminat game. Doom pernah diadaptasi ke layar filem pada tahun 2005. Filem tersebut dibintangi oleh Dwayne Johnson dan Karl Urban. Entah macammana, filem tersebut gagal untuk menarik penonton sekaligus menjadi antara adaptasi filem dari permainan video yang gagal menyerlah.


Beberapa tahun lepas, ada khabar angin mengatakan bahawa Universal sedang berusaha untuk membikin filem Doom dengan gaya baru. Namun, perkara ini tidak dapat dipastikan kerana tiada pengumuman rasmi berkenaan hal itu. Sekarang, berita ini boleh dikira sahih apabila di Twitter pelakon Nina Bergman, dia mengumumkan dirinya sebahagian daripada projek itu.


Pelakon itu juga memberi janji bahawa skrip filem kali ini lebih baik daripada filem versi tahun 2005. 

Tradisi mengadaptasi permainan video ke layar sedang marak semula buat masa ini. Tahun ini, Tomb Raider versi reboot dan Rampage memulakan langkah dan boleh dikatakan berjaya. Diharapkan bahawa usaha mengadaptasi filem Doom ini akan menjadikannya lebih baik. 



Catat Ulasan

0 Ulasan