Anthony Mackie mendedahkan bahawa pertarungan akhir filem Avengers: Infinity War ditulis dalam skrip sepanjang 25 mukasurat. Ada beberapa filem MCU yang mungkin mempunyai pertarungan yang panjang namun dikatakan bahawa pertarungan ini tidak sehebat Infinity War. Filem ke sembilan belas kali ini menceritakan Thanos yang sedaya upaya cuba untuk mendapatkan Infinity Stones.
Iron Man, Doctor Strange, Spider-Man dan beberapa superhero lain akan bergandingan dalam filem ini. Kita juga akan melihat kesemua hero akan ke Wakanda untuk menewaskan Thanos, Black Order dan juga bala tentera Outriders.
Ketika ditemubual oleh GMA, Mackie menjelaskan bahawa babak pertempuran akhir filem ini ditulis dalam 25 muka surat. Jika purata sehelai manuskrip ialah seminit, maka 25 helai bersamaan 25 minit di layar. Namun, babak itu mungkin lebih panjang. Namun, disebabkan berkemungkinan adanya fake script, maka ada juga kemungkinan bahawa ianya mungkin fake, atau bakal masuk dalam filem sebenar.
Antara babak terbesar dalam filem MCU semestinya babak Battle of New York dalam filem The Avengers dan juga pertarungan di lapangan terbang dalam Captain America: Civil War.






0 Ulasan