Pelakon 'Ola Bola' dan 'Get Hard' Bintangi Kisah Ayah dan Anak, 'My Surprise Girl'




JC Chee, pelakon yang sebelum ini dikenali dalam filem Ola Bola dan filem Get Hard kembali dengan lakonan terbarunya, My Surprise Girl. Filem My Surprise Girl ini diarahkan oleh Jack Lee K.H yang mana bakal ditayangkan di Malaysia bermula 5 April 2018. Filem ini menjalani penggambaran sepenuhnya di Kenting, Taiwan.

SINOPSIS

Apa yang jadi bila seorang lelaki kaki perempuan mengetahui yang dia mempunyai seorang anak perempuan melalui hasil hubungannya dengan seorang wanita yang pernah ditidurinya? Bermulalah kehidupan kelam kabut yang dilalui Hao Wen (JC Chee) apabila dia terpaksa menerima seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun Xiao Feng (Debbie Loo) yang telah kematian ibunya. Kehadiran Xiao Feng telah menyebabkan Hao Wen mula jatuh 'saham', bila kebanyakan wanita mula menjauhinya selepas mengetahui dia mempunyai seorang anak perempuan. Pada mulanya, Hao Wen tidak menyukai kehadiran anaknya itu, namun lama-kelamaan dia sudah mula merasakan kasih dan sayangnya tumpah kepada kanak-kanak tersebut. Suatu hari, datuk dan nenek Xiao Feng datang bertemu Hao Wen membawakan perkhabaran mengejutkan tentang cucu mereka itu. Apakah perkhabaran yang dikongsikan itu? Sama-sama nantikan tayangan My Surprise Girl: Cinta Bidadari di pawagam bermula 5 April 2018 ini.



Catat Ulasan

0 Ulasan