'Justice League' Kini Filem DC Universe Dengan Kutipan Terendah


Tayangan filem Justice League kini sudah berakhir. Dan dengan dukacitanya, ianya kini menjadi filem yang mendapat kutipan terendah dalam dunia DCEU setakat ini. DIjangka untuk menjadi sebuah filem yang berjaya, filem Justice League nampaknya gagal untuk menandingi kehebatan The Avengers.


Menurut Box Office Mojo, filem Justice League kini ialah filem DCEU yang paling rendah kutipannya selepas selesai ditayangkan di Amerika Syarikat. Setakat ini, DCEU hanya ada lima filem. Filem Man of Steel mendapat keuntungan USD291 juta, manakala Justice League mendapat kutipan hanya USD229 juta sahaja.

Di dalam dunia DCEU, filem Wonder Woman masih lagi menjadi filem dengan kutipan tertinggi yakni sebanyak USD412.5 juta. Malah, Batman vs Superman berada di bawah filem Wonder Woman dengan mendapat kutipan sebanyak USD330 juta. 

Filem Justice League mengalami pelbagai masalah termasuk reshoot yang gagal menyempurnakan permintaan para peminat yang mahu menyaksikan Justice League yang lebih dark. Kegagalan filem Justice League sekaligus membuatkan sekuel filem ini terpaksa dibatalkan. 

Catat Ulasan

0 Ulasan