Gambar Pelakon Daniella Sya Dalam 'KL Gangster: Underworld'




Iflix bakal menyajikan konten siri Bahasa Melayu original pertamakalinya melalui siri tv KL Gangster: Underworld. Siri tv yang mempunyai enam episod itu bakal dibintangi pelbagai nama besar seperti Hasnul Rahmat, Daniella Sya, Dynas dan ramai lagi. Ianya diarahkan oleh Syafiq Yusof (KL Special Force) dan Faisal Ishak (Juvana) dan skripnya ditulis oleh Nazri Vovinski Anuar.

Antara yang menarik perhatian ialah pelakon Daniella Sya yang tampil dengan mengenakan pakaian yang mendedahkan bahagian perutnya. Daniella Sya sebelum ini pernah membintangi drama bersiri Miss Kapten Cikgu Waiz yang disiarkan di TV3. 






Nama penuh Daniella Sya ialah Daniella Sya Yeng Yeng. Dilahirkan pada 8 Ogos 1988 di Kedah dan kemudiannya dibesarkan di Kuala Lumpur, pelakon ini aktif berlakon dalam pelbagai drama tv dan filem. Selain berlakon, dia juga ialah model dan DJ bagi pelbagai stesen radio seperti Lush 99.5FM, Red FM dan Lite FM. 

Kerjaya Daniella Sya bermula semenjak umur 16 tahun lagi. Pada tahun 2008, ketika dia mendapat tawaran berlakon iklan komersil, dia mendapat peranan pertamanya sebagai pelakon dalam Bezanya Cinta yang disiarkan di Astro Ria.

Catat Ulasan

0 Ulasan