Pengarah Jawab Tentang Ketiadaan Infinity Stone Dalam Filem 'Black Panther'

Filem Black Panther arahan Ryan Coogler tidak memperkenalkan batu Infinity Stone yang terakhir. FIem yang mendapat kritikan positif daripada penonton dan juga pengulas filem ini nampaknya menjadi antara filem Marvel tertinggi yang bakal membawa penonton kepada filem Phase 3 terakhi, Infinity War. Malangnya, penonton sedikit berdukacita apabila batu terakhir Infinity War tidak dipaparkan.


Walaupun Black Panther ialah sebuah kisah yang tidak berkait dengan filem MCU lain, ianya disambungkan juga dengan post-kredit yang memaparkan Bucky Barnes yang mana sudah dibersihkan mindanya daripada program Hydra. Nama White Wolf menunjukkan bahawa akan ada sesuatu yang lebih besar menanti.

IGN telah menemubual Ryan Coogler berkaitan hal ini dan bertanyakan kenapa Soul Stone tidak diletakkan di dalam filem ini.
“I love the Infinity Stones as much as any comic book fan, it’s just Wakanda already has its thing, which is Vibranium. For us, that was special enough, so to throw in something like another special thing didn’t feel right. It felt like we should stick with our one MacGuffin for the country and explore that, let that be the important thing because, frankly we didn’t need to have another piece like that. [Marvel Studios] never really was interested in putting a stone in there, either.”
Walaupun ketiadaan Soul Stone dalam filem Black Panther, ianya tidak menghalang Black Panther daripada menjadi antara filem yang hangat diperkatakan. Black Panther sedang ditayangkan di pawagam!


Catat Ulasan

0 Ulasan