11 Fakta Tentang Pelakon Jelita Sridevi


Pelakon Bollywood Sridevi Kapoor dilaporkan telah meninggal dunia pada awal pagi ini 25 Februari 2018 disebabkan serangan jantung. Diva Bollywood itu berusia 54 tahun dan lakonannya yang terakhir ialah dalam filem Mom (2017), yang juga dibintangi Akshaye Khanna dan Nawazuddin Siddiqui.Kami kongsikan 11 fakta berkenaan pelakon ini yang kami petik dari pelbagai sumber.


1. Dilahirkan pada 13 Ogos, 1963. Nama penuhnya Shree Amma Yanger Ayyapan.

2. Ketika penggambaran filem Yash Chopra bertajuk Lambe (1991) di London, ayahnya meninggal dunia.

3. Ayah Sridevi ialah seorang peguam yang mana bertutur dalam bahasa Tamil.

4. Memulakan kerjayanya semenjak umur 4 tahun dalam filem Tamil bertajuk Thunaivan (1967)

5. Berlakon dalam filem Bollywood pertamanya sebagai pelakon utama filem Solva Sawan (1979)

6. Kerajaan India menganugerahkan pangkat keempar tertinggi untuk orang biasa, Padma Shri pada tahun 2013.

7. Menjadi penyanyi latar untuk lagu dalam empat filemnya yakni Sadma(1983), Chandni(1989), Garajna (1991), Kshana dan Kshanam (1991).

8. Pernah ditawarkan oleh Steven Spielberg untuk berlakon filem Jurassic Park untuk melakonkan watak sampingan. Ketika itu, dia menolak kerana dia masih menjadi fenomena di Bollywood.

9. Pilihan pertama pengarah Abbas Mustan untuk berlakon di samping Shah Rukh Khan dalam filem Baazigar.

10. Ketika permulaan melakonkan filem Bollywood pertamanya, Sridevi sebenarnya tidak selesa bertutur Hindi. Lalu, suaranya kebanyakannya didubbing oleh pelakon Kumari Naaz, Antara pelakon lain yang juga pernah menjadi suara kepada pelakon ini termasuklah Rekha dan Aakhiri Rasta. Sridevi menggunakan suaranya buat pertama kali untuk filem Bollywood melalui filem Chandni.

11. Ada dua orang anak perempuan, Jhanvi dan Khushi selepas berkahwin dengan suaminya, Boney Kappor selepas membintangi filem penerbit itu, Judaai (1997) dan Hamara Dil Aapke Paas Hai (2000)


Filem terakhir lakonan pelakon ini ialah Zero bersama pelakon Shah Rukh Khan. Filem tersebut bakal ditayangkan pada Disember 2018.

Sumber: Quora

Catat Ulasan

0 Ulasan