Rosyam Nor Dedah Tarikh Tayang Filem 'KL Special Force'?

Naskah terbaru pengarah berbakat Syafiq Yusof semestinya sudah ditunggu-tunggu semenjak sekian lama. Filem yang mana akan menyaksikan pengarah muda ini menggarap filem aksi kepolisan ini kelihatan amat menarik sekali apabila melihat foto-foto di sebalik pengambaran yang tersebar di dunia maya.


Semenjak memulakan proses produksi sekitar tahun 2016, filem ini masih belum ada tarikh tayang yang sah. Terdahulu, KL Special Force pernah dicanang untuk ditayangkan pada tahun 2017 yang lalu. Namun, sehingga tahun 2018, filem ini masih samar-samar tentang tarikh tayangannya.

Tetapi, berita baik sudah menjelma. Rosyam Nor nampaknya telah memuat naik satu video interview di Instagramnya yang mana mempunyai jawapan kepada teka-teki tarikh tayangan filem berprofile tinggi ini.


Dalam temubual untuk The Making of itu, Rosyam Nor bercerita tentang bagaimana dia boleh terlibat untuk berlakon dengan Syafiq Yusof. Dia juga menyatakan bagaimana pengalaman bekerja dengan pengarah muda tersebut. Di caption, tertera tarikh tayangan 8 Mac, yang berkemungkinan merujuk kepada 8 Mac 2018.

Namun, siasatan kami di laman web CinemaOnline masih belum menemui sebarang tarikh rasmi filem tersebut. Jika benar tarikh tayangannya ialah pada 8 Mac, filem ini akan bertembung dengan filem A Wrinkle In Time. Malah, tayangan pada tarikh tersebut juga menjadi sejarah buat pelakon tersebut kerana satu lagi filem lakonannya, Lee Chong Wei akan ditayangkan pada 15 Mac 2018.

Apapun, berharap bahawa dalam masa terdekat, trailer filem ini akan diterbitkan. 



Catat Ulasan

0 Ulasan