Kenali Pengarah Filem - James Wan



Anda mungkin mengenali francais filem seram seperti The Conjuring dan juga Saw. Tetapi, anda mungkin tidak mengenali sosok di sebalik kesemua filem seram ini. Setiap filem seramnya berjaya memberikan nafas baru kepada genre tersebut dengan membawakan jump scare yang tidak pernah terjangka serta plot yang mendebarkan.

Hari ini, kita akan kenali James Wan. Pengarah muda yang sedang menempa namanya dalam industri filem Hollywood. Nama ini tidak asing lagi dengan genre seram, tetapi semenjak dua menjak ini, pengarah ini nampaknya sudah cuba untuk lari dari genre seram dengan mengarahkan filem-filem dari genre lain.


James Wan dilahirkan pada 27 February 1977 di Kuching, Sarawak. Pengarah ini kini sudah berwarganegara Australia kerana dia dibesarkan di sana. Tetapi, James Wan berketurunan Cina Malaysia sekaligus menyebabkan ramai rakyat Malaysia berbangga dengannya. Sebelum ke industri filem, James Wan pernah mengarahkan filem indie pertamanya, Stygian bersama Shannon Young. Filem tersebut menang kategori "Best Guerilla Film" di Melbourne Underground Film Festival pada tahun 2000.

Filem pertama yang memperkenalkan James Wan semestinya Saw (2004). Dia ialah orang yang bertanggungjawab mencipta Billy The Puppet. Selepas itu, pada 2007, dia mengarahkan Dead Silence dan Death Sentence. Pada 2011, filem Insidious diarahkan olehnya. Kerjayanya makin gemilang apabila The Conjuring (2013) mulai terkenal. Dia juga keluar dari kotak pengarahan filem seramnya dengan mengarahkan filem Furious 7(2015) dan Aquaman (2018).

Berikut ialah filmografi pengarah ini setakat ini:

2018 Aquaman 
2016 MacGyver (TV Series) (1 episode) - The Rising (2016) 
2016 The Conjuring 2 
2015 Furious 7 
2013 Insidious: Chapter 2 
2013 The Conjuring 
2010 Insidious 
2008 Doggie Heaven (Video short) 
2007 Death Sentence 
2007 Dead Silence 
2004 Saw 
2003 Saw (Short) 
2000 Stygian



Catat Ulasan

0 Ulasan