'Rogue One' Simpan Kunci Kepada Plot Besar 'The Last Jedi'

Rupanya, ada jawapan kepada perkara besar yang dipersoalkan dalam Star Wars: The Last Jedi yang tersembunyi dalam filem Rogue One: A Star Wars Story. Hal ini juga sekaligus memberikan jawapan kepada kaitan antara First Order dan juga Galactic Empire.


Bagi sesetengah penonton yang tertanya-tanya bagaimana kapal angkasa Resistance boleh dikesan walaupun menggunakan kelajuan cahaya, seorang pengguna Twitter telah memuatkan satu paparan skrin daripada filem RogueOne yang menunjukkan bagaimana kapal Resistance boleh dijejaki.

Dalam babak tersebut, kita melihat Jyn sedang menjalankan misinya di planet Scarif dengan Cassian apabila mereka cuba untuk mengenalpasti pelan Death Star. Ketika itulah, Jyn menyebut beberapa projek yang sedang dijalankan oleh Galactic Empire termasuklah Black Saber dan juga 'hyperspace tracking'.



Perkara ini disahkan oleh team Star Wars sendiri, Pablo Hidalgo.

Ini sekaligus bermakna bahawa idea tracking device ini sebenarnya sudah wujud semenjak lama lagi dan ianya berjaya disiapkan dan digunakan dalam filem The Last Jedi. Walaupun Rian Johnson tidak menulis plot kali ini dengan perancangan, dia nampaknya menggunakan beberapa perkara yang sebenarnya masih lagi berada di dalam ruang lingkup Star Wars. 

Sekarang, terjawablah persoalan berkenaan bagaimana kapal Snoke boleh menjejak kapal Resistance. 



Catat Ulasan

0 Ulasan