Penjelasan Kenapa Satu Watak Penting Dalam 'The Last Jedi' Harus Ditamatkan



Pengarah filem The Last Jedi menjelaskan kenapa watak ikonik yang sememangnya menjadi nadi kepada filem Star Wars harus ditamatkan dalam filem ini. Lucasfilm menjanjikan bahawa Star Wars baharu ini akan membawa watak-watak asal untuk pengembaraan baru ketika ianya dibeli oleh Walt Disney. Namun, kini ianya kelihatan sebaliknya.



Walaupun Lucasfilm sememangnya membawa balik watak-watak asal filem Star Wars, filem ini tidak semestinya memberikan kesemua yang diharapkan oleh peminat. Han Solo kini sudah mati dan dia tidak dapat bertemu dengan Luke di layar dalam The Last Jedi. Dan kini pula, Luke Skywalker pula sudah mati.

Ianya satu keputusan sukar yang perlu dibuat oleh Rian Johnson dan presiden Lucasfilm, Kathleen Kennedy. Namun, Rian Johnson berpendapat bahawa kisah Luke harus ditamatkan untuk membawa cerita ini ke depan dan memfokuskan kepada watak-watak baru seperti Rey, Finn, Poe Dameron, Kylo Ren dan lain-lain.

Dalam satu temubual bersama Entertainment Weekly, pengarah filem The Last Jedi ini membicarakan tentang pilihan sama ada mahu mematikan Luke Skywalker atau sebaliknya.
I had huge hesitance. I was terrified. It was a growing sense of dread when I realized this was going to make sense in that chapter … I think the hero’s journey of Luke Skywalker concluded in Return of the Jedi. This [trilogy] is the hero’s journey of Rey, and Finn, and Poe. The [ongoing] story of Luke is one that has to play in tandem with that of Rey.
Walaupun keputusan menamatkan watak Luke Skywalker tidak dipersetujui oleh kebanyakan penggemar filem Star Wars, The Last Jedi sudah menyatakan bahawa filem tersebut akan membuka ruang kepada watak baru untuk berkembang. 

Sekarang ini, hanya watak Leia Organa sahaja yang masih tinggal daripada filem asal. Watak ini mungkin tidak akan muncul secara fizikal dalam Episode IX kerana pelakonnya, Carrie Fisher sudah meninggal dunia pada tahun 2016. Ini sekaligus bermakna filem seterusnya bakal menampilkan watak-watak baru.

Namun, haru diingat bahawa Luke Skywalker boleh kembali dalam bentuk jelmaan, seperti Yoda sekaligus memberikan ruang untuk watak Luke untuk memainkan watak yang lebih unik. Namun, semua itu harus ditunggu sehinggalah filem Episode IX ditayangkan.

Catat Ulasan

0 Ulasan