'Justice League' Jadi Filem DC Paling Laris Di China

Filem Justice League kini menjadi filem DC paling laris di China. Filem kelima dalam siri filem DCEU ini ialah kesinambungan daripada filem Batman vs Superman: Dawn of Justice yang menghimpunkan Batman, Wonder Woman, The Flash, Aquaman dan Cyborg dalam usaha mereka melawan Steppenwolf yang cuba untuk menawan bumi. 


ComicBook melaporkan bahawa dengan anggaran keuntungan bernilai USD98.6 juta, Justice League ialah filem DC paling laris di China. Justice League menandingi kutipan filem Wonder Woman yang berjumlah 90.5 juta dan Batman vs Superman yang berjumlah USD 95.7 dalam masa hanya tiga minggu. Man of Steel pula ketika ditayangkan pada tahun 2013 mendapat kutipan USD 63.4 juta. Suicide Squad pula tidak ditayangkan di negara itu kerana tema dan juga tona yang agak serius.

Terdahulu, filem Justice League mencatatkan kutipan hari pebukaan di Brazil dengan jumlah USD3.7 juta. Namun, kutipan domestik filem berkenaan berjumlah USD198.5 juta yang mana gagal untuk melepasi sasaran yang diletakkan. 

Walaupun kutipan domestik Justice League agak mengecewakan, ianya juga membantu untuk memberi kutipan keseluruhan filem Warner Bros melonjak melepasi paras USD 5 billion untuk kutipan seluruh dunia. 

Catat Ulasan

0 Ulasan