'Justice League' Akan Diterbitkan Ke Blu-ray Dalam Versi 'Extended Cut'

Kelihatan seperti Warner Bros mendengar rintihan para peminat filem Justice League yang mahukan lebih masa tayangan. Dikhabarkan bahawa Warner Bros akan menerbitkan Justice League versi Extended Cut ketika filem ini diterbitkan untuk Blu-ray dan DVD kelak. Namun, ianya bukanlah versi Snyder yang diharapkan peminat tetapi sebaliknya hanyalah versi tayangan yang mana ditambah durasi masanya.


Perkara ini disahkan oleh seorang wartawan filem, Mario F. Robles yang melaporkan hal ini di Twitternya. Ianya juga dikatakan akan disertakan bersama dengan filem Man of Steel dan Batman vs Superman dan akan digelar sebagai Superman Trilogy.


Nampaknya, sememangnya Warner Bros cuba untuk memenuhi permintaan peminat dengan menambah beberapa babak yang tiada dalam tayangan filem versi pawagam. Namun, semestinya bagi yang mahukan filem Justice League versi Zack Snyder, ianya pasti akan mengecewakan. 

Catat Ulasan

0 Ulasan