Carrie Fisher Tulis Dua Babak Menyentuh Hati Dalam 'The Last Jedi'



Pengarah filem The Last Jedi mendedahkan bahawa dua babak yang menyentuh hati dalam filem Star Wars kali ini sebenarnya ditulis oleh mendiang Carrie Fisher. Walaupun peminat mengenali pelakon ini sebagai pelakon, dia juga ialah seorang penulis lakonlayar yang berbakat.

Kariernya sebagai seorang penulis lakonlayar bermula dengan filem The Empire Strikes Back, dimana Fisher mengadaptasi dialog daripada George Lucas. Bermula pada 1990, dia menginjak daripada berlakon ke seorang penulis lakonlayar.



Rian Johnson mendedahkan bahawa Fisher juga menulis beberapa dialog filem The Last Jedi. Dalam satu temubual bersama The Daily Beast, dia menjelaskan babak yang ditulis itu. Babak tersebut yang sememangnya sangat menyentuh hati ialah pertemuan antara Leia dan juga Luke di mana Luke menyerahkan dadu emas. Babak tersebut kelihatan bertenaga dengan emosi kerana itulah pertemuan 'dua beradik' setelah sekian lama semenjak Return of the Jedi pada 1983.

Johnson mendedahkan bahawa Fisher sukakan punchline dan juga jenaka satu baris. Dia mempunyai banyak jenaka yang boleh dibentuk menjadi dialog.

Satu lagi babak emosional yang ditulis oleh Fisher ialah kematian Amilyn Holdo. Leia dan Amilyn sudah menjadi sahabat semenjak berdekad lamanya. Kisah mereka dikisahkan sebelum A New Hope dimana mereka menjadi perantis untuk menyertai Imperial Senate. Mereka berdua terlibat dalam Rebellion dan menjadi sahabat semenjak dari itu.

Rian Johnson mendedahkan bahawa Fisher dan pelakon watak tersebut, Laura Dern bekerjasama untuk mencipta babak tersebut.
That whole Holdo scene, that goodbye scene was actually completely rewritten with Carrie and with Laura. The three of us got together and worked through it. And the real heart of that scene came from Laura. It was her saying, ‘I just feel like, from my character to Leia, but also me to Carrie, I want to express what she means to me. I want to express my gratitude.
Kematian Fisher nampaknya mengubah pengalaman penonton untuk menonton The Last Jedi. Dan filem ini memang dipenuhi dengan elemen 'selamat tinggal' untuk karakternya. Tersiratnya, filem ini juga ialah filem 'selamat tinggal' untuk Fisher sekaligus memberi ruang untuk pelakon lain memberi penghormatan kepada pelakon itu yang telah pergi.

Catat Ulasan

0 Ulasan