Kenapa Hulk Lebih Bijak Dalam 'Thor: Ragnarok'?


Pengarah filem Thor: Ragnarok menjelaskan kenapa watak Hulk dalam filem ini kelihatan lebih bijak dalam pengembaraan barunya. Watak tersebut yang sudah berevolusi daripada siri TV klasik The Incredible Hulk yang dibintangi Lou Ferrigno sebagai Hulk dan Bill Bixby sebagai Bruce Banner kepada filem Hulk dan seterusnya The Incredible Hulk.


Selepas itu, watak Hulk diambil alih oleh Mark Ruffalo untuk filem Avengers. Dalam Comic-con pada Julai lepas, didedahkan bahawa watak Hulk kali ini boleh bercakap. dan Thor tidak berjumpa dengan Hulk selepas dua tahun. Sudah semestinya akan berlaku pelbagai perkara dalam watak itu sehinggakan personaliti dan juga kosa katanya berkembang.

Waititi menegaskan bahawa dia mahu membawa kebijakan Hulk selepas filem Avengers untuk membolehkan dia kelihatan lebih menarik. Katanya:
“Yeah, that was really, just like with Chris, just wanting make it more interesting for Mark to play that character because in the films he just said one or two words and just destroyed everything, and that was the version of Hulk I think that everybody knows. But this version — the smarter version — it’s just become so much more interesting and engaging, because he’s been the Hulk for two years. He’s a hero on this planet and he’s had more time to just sit with himself and feel comfortable in his own skin.” 
Dalam Thor: Ragnarok, Hulk dilayan seperti seorang selebriti di planet Sakaar, dimana dia ialah wira dalam Contest of Champions. Setelah berjaya menumpaskan pelbagai lawan, Grandmaster akhirnya meletakkannya di dalam sebuah bilik yang selesa. Waititi membandingkan watak Hulk seperti Kurtz dari Apocalypse Now.
“Now you can see Hulk sitting still and being kind of like a big silverbackThere’s there’s this moment when he’s in the hot tub in his apartment – he just feels like General [Colonel] Kurtz in Apocalypse Now. He’s just sitting there, just contemplating things and you can feel him probably ruminating over all sorts of stuff inside his head. And that introspective, that very still version of Hulk, I think is way more fascinating than the guy that just destroys everything.”
Penonton dan peminat MCU kelihatan menggemari Hulk versi baru ini yang mana lebih ceria. Dengan perubahan ini, sudah pasti keterujaan untuk menonton watak ini dalam Avengers: Infinity War dan The Avengers 4 akan wujud.

Catat Ulasan

0 Ulasan