James Gunn Kongsi Skrip Filem 'Guardians of the Galaxy Vol 2' Di Internet

James Gunn, penulis lakonlayar dan pegarah filem Guardians of the Galaxy Vol 2 telah memuat naik skrip filem tersebut di internet. Para peminat filem boleh melihat asas kepada filem tersebut secara percuma dan melihat bagaimana evolusi daripada sebuah lakonlayar kepada sebuah filem yang sudah siap sepenuhnya.

Sesiapa yang menonton filem Guardians of the Galaxy dan sekuelnya dan masih berfikir tentang apa yang berlaku di sebalik tabir semestinya bertuah kerana dengan adanya skrip Guardians of the Galaxy di internet sekaligus dapat menjawab pelbagai persoalan tentang pembikinan filem tersebut.

Di Twitter, pengarah tersebut berkongsi bagaimana proses mencipta skrip tersebut dan menterjemahkannya kepada filem. Antara perkara menariknya ialah bagaimana orang atasan tidak meminta sebarang perubahan terhadap skrip filem Guardians of the Galaxy Vol 2 supaya ianya selari dengan filem Avengers akan datang. Namun begitu, dia tetap menghantar skrip filemnya kepada penulis Avengers: Infinity War supaya mereka tahu apa yang nasib superhero dalam filem tersebut.

James Gunn juga memperkenalkan cocoon Adam Warlock yang menjadi antara perhatian ramai. Dikatakan bahawa babak itu nyaris dibuang daripada filem tersebut. James Gunn menyatakan bahawa Adam Warlock tidak akan muncul dalam Guardians of the Galaxy Vol 3. 

Guardians of the Galaxy Vol 2 antara filem MCU yang agak berjya. Ianya berjaya mengutip lebih dari USD863 juta seluruh dunia. James Gunn akan kembali mengarahkan filem ketiga Guardians of the Galaxy yang dijangka akan ditayangkan tahun 2020. Skrip penuh filem Guardians of the Galaxy boleh dibaca di link ini.

Catat Ulasan

0 Ulasan