Ini Senarai Superhero Marvel & DC Beragama Islam Yang Anda Perlu Ketahui



Marvel dan DC ialah dua penerbit komik yang sangat besar. Mereka dikenali seluruh dunia dengan menerbitkan pelbagai karakter yang mempunyai latar belakang yang berbeza. Dari Afrika sehinggalah ke China, dari agama Kristian dan Islam, juga apa sahaja bentuk karakter di dunia, mereka mempunyai semuanya.


Hari ini, kita akan jenguk 5 watak superhero DC dan Marvel yang beragama Islam. Terlalu banyak sebenarnya watak Islam dalam komik, sama ada sebagai antagonis ataupun protagonis. Namun, ini sebahagian daripadanya sahaja. 

1. Ms Marvel

Nama Ms Marvel ialah Kamala Khan. Watak ini muncul dalam komik terbitan Marvel. Dicipta oleh Sana Amanat, Stephen Wacker, penulis G Willow Wilson dan juga Adrian Alphona, Kamala Khan ialah superhero Muslim pertama yang berjaya muncul dengan komiknya tersendiri. Watak Kamala Khan muncul buat pertama kalinya dalam komik Captain Marvel #14 pada Ogos 2013 sebelum muncul dengan komiknya sendiri, Ms. Marvel pada Februari 2014.

Kamala Khan ialah remaja Pakistan-Amerika daripada Jersey City, New Jersey yang berkebolehan untuk 'shapeshifting'. Komik Marvel yang menampilkan karakter superhero Islam pertama ini memenangi Hugo Award bagi kategori Best Graphic Story pada tahun 2015.

2. Dust

Nama sebenar Dust ialah Sooraya Qadir. Watak ini juga watak yang muncul dalam komik terbitan Marvel. Watak ini muncul dalam komik X-Men dimana watak ini mempunyai kebolehan untuk menukar badannya menjadi ribut debu. Pasukan X-Men menjelajah ke Afghanistan untuk menyelamatkan Sooraya yang mana diburu untuk dijadikan hamba dek kerana kebolehannya. 

Dilahirkan di Afghanistan, Sooraya diserang oleh pedagang hamba yang mana cuba untuk menanggalkan niqab yang dikenakan. Ketika Sooraya menggunakan kuasa untuk melawan, pasukan X-Men mendapat berita tersebut lalu mengambilnya untuk dijadikan pelajar di Xavier Institute for Higher Learning.



3. M

Nama penuh M ialah Monet Yvette Clarisse Maria Therese St. Croix. Watak ini juga muncul dalam komik Marvel. Dicipta oleh Scott Lobdell dan Chris Bachalo, dia ialah ahli Generation X dan kemudiannya X-Factor dan X-Men. Monet ialah seorang Muslim yang mana digunakan untuk menyelongkar isu anti Muslim dalam budaya Amerika di dalam Marvel Universe.

4. Nightrunner


Watak Nightrunner ialah watak ciptaan David Hine dan Kyle Higgins untuk komik DC. Nightrunner muncul dalam Detective Comics Annual #12 pada Februari 2011. Nightrunner ialah seorang rakyat Perancis yang mana mempunyai darah Algerian yang tinggal di kawasan bandar Paris, Perancis. Dia direkrut oleh Bruce Wayne dan Dick Grayson sebagai Batman of Paris.

5. Excalibur

Nama sebenar Excalibur ialah Dr. Faiza Hussain. Ianya ialah watak yang muncul dalam komik Marvel. Dicipta oleh Paul Cornell, Excalibur muncul dalam Captain Britain and MI: 13 #1 pada May 2008. Faiza Hussain ialah satu-satunya anak kepada keluarga Pakistan yang tinggal di Chelmsford, Essex. Faiza terperangkap dalam tragedi penjajahan Skrull lalu terkena senjata laser dan menyebabkan dia memperoleh kuasa luar biasa. Kuasa luar biasa itu kemudiannya digunakan untuk membantu Black Knight menumpaskan Skrull.

6. Simon Baz

Simon Baz ialah watak yang diterbitkan oleh DC Comics dan direka oleh Geoff Johns dan DOug Mahnke. Simon Baz ialah satu-satunya watak Gren Lantern Corps yang beragama Islam. Watak ini muncul pertamakalinya dalam komik Green Lantern pada tahun 2012. Setelah mendapat reaksi positif, DC Comics memasukkan watak ini dalam pasukan Justice League of America pada 2013.

Ada lagi yang tertinggal? Jangan lupa tinggalkan komen anda ok!

Catat Ulasan

0 Ulasan