Akhirnya, Perang Mulut Gibson - Johnson Tamat

Akhirnya, perang mulut yang berlaku antara Dwayne Johnson dan juga Tyrese Gibson selesai apabila Gibson bercakap dengan seseorang yang berhubung dengan pelakon itu. Dua pelakon ini sebelum ini bertelagah kerana filem Fast & Furious 9 dianjak ke tahun 2020 bagi memberi peluang kepada filem spin-off Luke Hobbs dan Deckard Shaw yang akan ditayangkan pada tahun 2019.


Gibson sudah menghentam Johnson dengan pelbagai kata dan akhirnya, di Instagramnya, Gibson memuat naik status dan gambar berikut:



Orang yang berhubung dengan The Rock itu akhirnya berjaya meyakinkan Gibson untuk menghentikan tohmahan di dalam Twitter. Namun, menurut status yang diberikan di Instagramnya, Tyrese Gibson belum memberikan permohonan maaf terbuka terhadap apa yang dia telah katakan. Di dalam post itu juga, ejaan Dwayne juga dieja dengan ejaan Dewayne.

Bagi anda yang ketinggalan untuk mengetahui apa yang sedang berlaku diantara dua pelakon ini, anda boleh terus klik sahaja link ini untuk membaca post dari awal perbalahan sehingga ke akhirnya. 

Catat Ulasan

0 Ulasan