Watak Obadiah Stane Dalam 'Iron Man' Tidak Penting Sebelum Skrip Dipinda


Ketika Marvel Cinematic Universe masih belum membesar pada 2008, watak jahat untuk filem Iron Man pada awalnya mempunyai watak jahat yang berbeza. Ketika bermula sedekat lalu, MCU menjadi antara francais filem paling berjaya dalam sejarah dengan kutipan terkumpul USD12.5 billion melalui 16 buah filem. Di sebaliknya, sudah pasti, pelakon Robert Downey Jr. antara pelakon yang membawa kepada kejayaan ini.


Adalah amat gila apabila mengetahui bahawa Obadiah Stane yang dilakonkan oleh Jeff Bridges sebenarnya tidak diberikan tugas sebagai watak antagonis utama dalam filem Iron Man. Perkara ini diketahui apabila pelakon itu memberitahu Screenrant berkenaan hal tersebut. 
“In the original script they were supposed to open my suit after, and I was gone!” Bridges said. “But then, no. I read the scene we were shooting, and they said, ‘No, you’re dead.’ And I said, ‘Oh…’ Then they said, ‘Well, it’s a comic! Maybe you’ll come back!’ I don’t know.”
Di dalam sebuah interview lagi, president Marvel, Kevin Feige memberitahu sebab perubahan watak itu.
"As you may recall, when he was hired, he was a secondary villain to the Mandarin. And as we were prepping the movie we realized we didn’t want to do the Mandarin in that movie. And when we took him out and made Obadiah the lead villain, Iron Man became what Iron Man became. But what was required is that Iron Monger [Obadiah Stane] had to go down into that arc reactor."
Kevin Feige menyatakan bahawa Obadiah Stane sepatutnya menjadi kuncu kepada The Mandarin namun ianya dipinda kerana Marvel tidak mahu The Mandarin muncul dalam filem tersebut. The Mandarin lalu muncul dalam filem ketiga Iron Man.  

Catat Ulasan

0 Ulasan