Header Ads Widget

Valkyrie Tampil Sebagai LGBT Dalam 'Ragnarok'



Francais filem Marvel yang ditunggu tunggu oleh para peminat, Thor; Ragnarok mendedahkan salah satu watak yang terdapat dalam filem itu. Tessa Thompson membawa watak Valkyrie seorang yang sarkastik, agak poyo dan jugak seorang biseksual. 


Berita ini disahkan sendiri oleh beliau melalui akaun twitternya.
Namun, bagi pembaca komik siri ini, berita ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana status Valkyrie ini telah lama didedahkan. 

Didalam komik siri itu, Valkyrie dikatakan telah mengadakan beberapa hubungan sama ada bersama watak lelaki ( Thor sendiri dan Ejen Venom) dan jugak watak perempuan, seorang arkeologi, Annabelle Riggs. 

Watak Thompson jugak dikatakan akan muncul lagi dalam Avengers: Infinity Wars. Filem francais yang dinantikan ramai ini akan dijangka memasuki pawagam Malaysia 27 Oktober ini. 

Filem yang berkisar mengenai watak Hela atau dikenali sebagai 'Goddess of Death' yang lahir di Jotunheim ini adalah anak perempuan Loki dengan seorang raksasa dari Angrbooa. Hela bertugas memimpin alam orang mati di Hel dan Nifheim. Tidak puas dengan kuasa yang diberikan, Hela seringkali cuba merampas Valhalla menyebabkan dia menjadi musuh utama Thor.

   

Apa yang terjadi seterusnya? Sama sama kita nantikan.

Post a Comment

0 Comments