Tom Cruise Kembali Ke Set "Mission Impossible 6'

Pelakon Mission Impossible 6, Tom Cruise dilaporkan kembali ke set pengambaran filem Mission Impossible 6 di Essex England. Pelakon itu kembali melakukan stunt untuk filem tersebut yang mana melibatkan sebuah helikopter dan juga trak.


Sebelum ini, pelakon itu telah tercedera apabila gagal melakukan lompatan bangunan ke bangun seperti yang dirancang sekaligus menyebabkan buku lalinya terseliuh. Pengarah filem tersebut, Christopher McQuarrie menyatakan bahawa pelakon tersebut sedaya upaya mahu memastikan babak itu dilakonkan dengan sempurna. Dan disebabkan kecederaan itu, pihak produksi membenarkan Cruise untuk berehat selama 6 minggu hingga 3 bulan untuk penyembuhan. 



Tom Cruise memagang watak sebagai Ethan Hunt. Untuk filem keenam, dia akan kembali bersama dengan pelakon terdahulu seperti Simon Pegg yang memegang watak Benji Dunn, Ving Rhames sebagai Luther Stickell, Rebegga Ferguson sebagai Ilsa Faust dari Mission Impossible 5 serta Michelle Monaghan dan Alec Baldwin. Pelakon baru yang menyertai siri filem ini termasuk Henry Cavill dan juga Angela Bassett. 


Mission Impossible bermula dengan siri tv yang mula ditayangkan pada tahun 1996. Sepanjang 7 musim dan 171 episod penayangannya, siri tv itu telah memenangi pelbagai anugerah sepanjang siarannya. 

Selepas tamat siarannya di tv CBS, tv ABC pula cuba untuk membuat siri tv 'reboot' Mission Impossible. Namun, siri tv itu hanya bertahan selama dua musim. Selepas itu,David Koeep dan Robert Towne mentransformasikan siri tv itu ke filem box-office. 


Catat Ulasan

0 Ulasan