Tarikh Tayangan Filem Fast & Furious 9 Ditunda


Pihak produksi Universal akhinya mengambil keputusan untuk menunda tarikh tayangan filem Fast & Furious 9 kepada 10 April 2020. Pada awalnya filem ini dijangka akan ditayangkan pada 19 April 2019 namun tepaksa ditunda kepada tarikh yang baru.


Walaupun The Rock dan Vin Diesel sudah bersedia untuk kembali dalam filem Fast & Furious 9, pelbagai spekulasi yang timbul terhadap penundaan tarikh ini. Antaranya ialah pengarah Fate of the Furious, F. Gary Gray tidak merancang untuk kembali mengarah filem Fast and Furious 9. Ketiadaan pengarah ini sedikit sebanyak membuatkan para pelakon sedikit kecewa.



Tambahan lagi, pihak produksi Universal merancang untuk menghasilkan filem spinoff Fast & Furious yang akan melibatkan watak Dwayne Johnson dan beberapa watak yang lain. Adakah filem spinoff akan diriliskan dahulu?

Catat Ulasan

0 Ulasan