Muzik Video Rasmi Ayat-ayat Cinta 2 Dirilis


Video muzik rasmi soundtrack filem Ayat-ayat Cinta 2 sudah dimuat naik MD Music Indonesia pada 10 Oktober yang lalu di Youtube. Video muzik tersebut mengiringi promosi filem Ayat-ayat Cinta 2 yang bakal ditayangkan di Indonesia pada Disember 2017.

Sebelum ini, MD Music Indonesia mengeluarkan video muzik versi lirik pada 5 Oktober di Youtube.Video lirik rasmi itu mendapat tontonan lebih 200 ribu sehingga pada hari ini. Video muzik rasmi nyanyian Krisdayanti pula sudah mencatat lebih 50 ribu views semenjak dimuat naik pada 10 Oktober lalu.

 

Filem Ayat-Ayat Cinta 2 ialah sekuel kepada filem pertamanya, Ayat-ayat Cinta yang diterbitkan pada tahun 2008 yang menjadi fenomena filem islamik. Filem tersebut ialah adaptasi karya novelis islamik Indonesia, Habiburrahman El-Shirazy.

Bront Palarae yang sebelum ini menjadi teraju utama dalam filem seram Pengabdi Setan akan kembali dalam filem ini bersama seorang lagi bintang Malaysia, Fazura. Bront Palarae akan melakonkan watak seorang Yahudi yang mana menurutnya tidak melibatkan sebarang ritual dan juga perlakuan agama tersebut. 

Ayat-ayat Cinta 2 masih belum ada tarikh tayang sah untuk di Malaysia. 


Catat Ulasan

0 Ulasan