Lucasfilm Minta Pandangan CEO Disney Untuk Takdir 'Han Solo'

Kematian Han Solo dalam Star Wars: The Force Awakens adalah satu perubahan baru dalam francais filem ini. Ketua Lucafilm, Kathleen Kennedy dan pengarah francais ini, J.J Abrams mendedahkan bahawa mereka telah merujuk kepada CEO Disney iaitu Bob Iger bagi menghapuskan watak yang sangat digilai ramai, Han Solo.


Dalam wawancara bersama Vanity Fair, Bob Iger mendedahkan bahawa perbincangan telah dilakukan antara beliau, pengarah dan jugak ketua Lucasfilm bagi menetapkan hala tuju watak Han Solo yang berakhir dengan pembunuhan watak ini oleh Kylo Ren.

The Force Awakens merupakan filem pertama dari trilogi sekuel Star Wars yang diumumkan oleh Disney setelah Disney mengambil alih Lucasfilm. Berita ini agak mengejutkan para peminat yang rata rata mempersoalkan adakah setiap pelakon akan memegang watak yang sama. Namun, yang menjadi penantian utama peminat ialah terhadap watak Han Solo dan anak lelakinya.


Filem pertama dalam trilogi baru ini telah menemui peminat sekitar Disember 2015 dengan tajuknya The Force Awaken. Filem pertama itu menandakan perubahan besar kepada struktur cerita dunia Star Wars dengan penampilan watak baru dan juga lama. 

Catat Ulasan

0 Ulasan