Durasi Tayangan 'Justice League' Paling Pendek Dalam Siri Filem DCEU



Filem terbaru arahan Zack Snyder, Justice League disahkan mempunyai durasi selama 121 minit. Dengan durasi sepanjang itu, menjadikan filem tersebut paling pendek durasinya dalam siri DC Extended Universe.

Walaupun filem Justice League mempunyai durasi yang agak pendek berbanding Batman v Superman mahupun Man of Steel, Zack Snyder menjanji sesuatu yang lain dan bukan sekadar filem adiwira biasa. Sudah pasti bila filem ini di dalam tangan Zack Snyder, sudah tentu beliau akan memberikan sebaik mungkin seperti filem filem beliau yang terdahulu.

Filem Justice League bakal ditayangkan di pawagam pada 17 November 2017

Catat Ulasan

0 Ulasan