Durasi Masa 'Thor: Ragnarok' Paling Panjang


Filem terbaru Thor: Ragnarok dijangka bakal menjadi filem Thor paling panjang durasinya. Menurut laman sesawang British Board of film Classfication, filem Thor: Ragnarok berdurasikan 130 minit 21 saat atau dalam kata lain 2 jam 10 minit, 21 saat.


Melihat kepada durasi filem terbaru Thor ini, ternyata berbeza dengan durasi filem Thor terdahulu. Filem pertama Thor berdurasikan 1 jam 55 minit, manakala Thor: The Dark World berdurasikan qjam 52 minit. Bagaimanapun, dalam Marvel Comic Universe, filem paling panjang durasinya masih dipegang oleh filem Captain America: Civil Wars iaitu berdurasikan 2 jam 28 minit.

Filem yang dilakonkan Chris Hemworth ini bakal ditayangkan pada 3 November 2017.

Catat Ulasan

0 Ulasan