Tayangan Percuma Sempena Pembukaan Panggung Wayang Baru Di Sungai Petani

Bagi yang berada di Sungai Petani, jangan lupa singgah ke MM Cineplexes yang berada di RiverFront City! Anda boleh menonton filem secara percuma daripada 18hb sehingga 20 September 2017. Jangan lepaskan peluang ini untuk menonton kesemua filem tanpa henti dengan tidak mengeluarkan sedikit wang pun (kecuali duit minyak nak ke sana).


Antara filem yang ditayangkan secara percuma ialah filem 47 Meters Down, Abang Long Fadil, Life, Wonder Woman dan pelbagai lagi.

MM Cineplexes Sungai Petani ialah panggung wayang terbesar di Sungai Petani dengan 9 dewan termasuk 1 dewan dilengkapi dengan Dolby Atmos dan juga 1 dewan Premier Class. Memang korang akan puas hatilah bila masuk dan duduk dalam panggung wayang yang hebat ni. Pasti lepas tonton filem yang ada post-credit, korang akan rasa cepat je masa berlaku untuk menunggu




Walaupun admin bukanlah orang yang dekat dengan Sungai Petani, satu hari nanti, pasti admin akan jejak kaki di sini. Jangan lupa ajak adik-beradik dan saudara mara untuk tonton filem percuma selama tiga hari tu ya. 

Adios!

Catat Ulasan

0 Ulasan