John Wick 3 Ditayangkan Musim Panas 2019

John Wick 3 kini sudah menemui tarikh tayangannya. Sekuel ketiga yang bakal memaparkan aksi pertarungan yang hebat itu akan kembali selepas mendapat sambutan yang baik dari kalangan peminat filem.



Untuk info, filem John Wick pertama ditayangkan pada 2014 dan filem keduanya ditayangkan pada Februari 2017 yang lalu. Filem tersebut membawa penonton mengikuti kisah John Wick, seorang bekas pembunuh upahan yang diburu oleh agensinya.


Antara tarikan filem John Wick ialah aksi pertarungannya yang stylish dan kisahnya yang mudah untuk diikuti.

Bagi penonton yang ternanti-nanti sekuel terbaru, Lionsgate baru sahaja mengumumkan bahawa filem ketiga John Wick akan ditayangkan pada 17 May 2017. Tidak seperti filem sebelumnya, filem kali ini akan ditayangkan pada musim panas.



Lionsgate nampaknya mula nampak kekuatan filem ini dan berharap dapat mendapatkan pulangan yang lumayan daripada sekuel ketiga ini.

Namun, para penggemar filem tidak harus terlalu gembira dahulu kerana penggambaran filem tersebut masih belum bermula lagi. Menurut Lionsgate, penggambaran akan bermula sekitar tahun hadapan.

Sebelum ini, ada ura-ura menyatakan pengarah John Wick 2, Chad Stahelski dan penulis lakon layarnya, Derek Kolstad sedang dalam proses menulis lakon layar filem tersebut.


Catat Ulasan

0 Ulasan