'DC Extended Universe' Bukan Gelaran Rasmi Untuk Filem Superhero DC

Bila kita mendengar nama filem-filem superhero seperti Man of Steel, Suicide Squad dan juga Justice League, kita pasti akan menggelarkannya filem DC Extended Universe atau pendek lagi, DCEU. Namun, tahukah anda, panggilan tersebut bukanlah satu gelaran rasmi untuk filem-filem DC yang berada dalam satu universe?


DC Extended Universe ini dicipta oleh para peminat filem sendiri dan bukannya studio besar yang menerbitkan filem-filem tersebut. Ianya juga digunakan oleh wartawan dalam industri filem untuk menggambarkan filem-filem terbitan DC sepertimana Marvel menggunakan gelaran MCU untuk filem-filem superhero mereka.



Seorang staf dari website Vulture, Abraham Riesman mengetahui hakikat itu ketika dia menemubual tentang pengarah filem Wonder Woman terhadap pasaran filem superhero DC. Lalu, dia berkongsi perkara tersebut di Twitternya:


Lalu, jika DC Extended Universe bukan terma atau gelaran yang digunakan untuk filem superhero DC, dari mana gelaran itu datang? Riesman mendapati gelaran itu berasal dari sebuah artikel Entertainment Weeky pada bulan Julai 2015 apabila filem Batman vs Superman sedang bersedia untuk menjengah pawagam. 

Riesman menjejaki penulis artikel itu, Keith Staskiewicz, dan mendapat jawapan berikut:


Staskiewicz menggunakan gelaran itu untuk rujukan sinikal terhadap filem-filem superhero yang bakal mereka keluarkan. Sepertimana yang semua tahu, superhero DC lebih mendominasi tv seperti Arrow, The Flash dan juga lainnya. Jadi, versi movie ialah 'extended universe' bagi filem-filem mereka. Namun, tidak pula ianya menyangkakan bahawa gelaran itu digunapakai sehingga sekarang.

Adalah amat menarik menantikan apakah gelaran yang sesuai untuk filem-filem superhero DC. Jika Universe Studio menamakan dunia filem monster mereka Dark Universe, dan Marvel pula ada Marvel Cinematic Universe, pasti ada gelaran yang sesuai untuk filem superhero DC.

Namun, kelihatan DC tidak begitu serius untuk bermain dengan filem 'universe' kerana mereka juga akan menghasilkan filem Joker yang tidak berkait langsung dengan universe DCEU.

Catat Ulasan

0 Ulasan