EKSKLUSIF: Pengarah 'Khaenak: Serangan Pocong' Minta Jangan Nilai Filem Dari Poster Sahaja

Belum pun ditayangkan di Astro First, filem terbitan KCTV Production, Khaenak: Serangan Pocong sudah diserang bertubi-tubi kerana poster filem tersebut yang agak buruk. Rata-rata netizen mempersoalkan kualiti filem ini apabila ianya hadir di Astro First kelak. Bagi yang belum tahu, Khaenak: Serangan Pocong ialah filem dalam francais Khaenak yang popular di Youtube KCTV Production.



Menerusi temubual ringkas Suka Filem, pihak Suka Filem sempat bertanyakan tentang kecaman yang diterima berkaitan dengan poster filem berkenaan.\

Menurut Emma Kasmuri, selaku pengarah, dia tidak kisah dengan kecaman netizen dan mengharapkan para penonton untuk menonton filem tersebut tanpa menilainya melalui poster. Pengarahh dari Kelantan itu juga menyatakan yang dia mengambil apa saja komen netizen dan akan diperbaiki dari masa ke masa untuk perancangan masa depan.

Dalam sesi temubual ringkas itu juga, Emma Kasmuri mendedahkan yang poster tersebut dibikin di kalangan kru-kru KCTV Production sendiri yang tidak mempunyai kemahiran yang mencapai standard pembikinan sesebuah poster filem. 

Lagipun, filem ini sebenarnya tidak pernah dirancang untuk tayangan Astro First pada asalnya. Namun, selepas pihak Astro First sudi memberi ruang untuk menayangkan filem ini, persiapan untuk promosi dilakukan dengan apa yang ada.

Khaenak: Serangan Pocong akan berada di Astro First mulai 11 November. Filem ini menampilkan pelakon seperti Apak Harry Khalifah, Kamarool Hj Yusoff dan penampilan khas ikon Youtube dan sosial media Kelantan seperti Abe Mat Ngepek dan Poyie Gasi.



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan