Penggambaran Babak Hong Kong Dalam 'Transformers 4' Sebenarnya Dilakukan Di Detroit!



Transformers: Age of Extinction menampilkan babak-babak dari Hong Kong di bahagian akhir filem. Namun, ramai yang tidak menyangkakan bahawa kebanyakan aksi yang memaparkan Hong Kong sebenarnya dilakukan di sebuah set besar yang direka khas di sebuah kawasan lapang di Detroit. 




Set tersebut begitu besar sehinggakan para penduduk sekitar dapat melihat penggambaran dari apartmen mereka.


Set yang begitu besar juga dapat dilihat apabila para penduduk sekitar menaiki Detroit People Mover yang berada berdekatan set berkenaan. Malah, disebabkan kedudukan LRT versi Detroit itu begitu dekat dengan set, Detroit People Mover turut dimasukkan di dalam filem kononnya sebagai sebuah keretapi LRT di Hong Kong.

 

Namun, bagi beberapa babak aksi yang tidak begitu besar dan merosakkan tempat asal, filem tersebut menjalani penggambaran di lokasi asal di Hong Kong. 

Transformers: Age of Extinction yang ditayangkan pada 2014 berjaya mengutip kutipan sehingga 1.104 billion USD di seluruh dunia dengan bajet asal hanya sekitar USD210 juta. Walaupun filem tersebut menukar watak Sam Witchwicky kepada watak baru lakonan Mark Wahlberg, terbukti bahawa filem Transformers arahan Michael Bay masih berbisa. 

REVIEW FILEM TRANSFORMERS


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan