Header Ads Widget

Kenapa Watak Oracle Ditukar Pelakon Untuk Filem 'The Matrix Revolution'

Watak The Oracle semestinya antara watak utama dalam filem trilogi The Matrix. Watak ini muncul dalam kesemua tiga filem The Matrix. Namun, watak tersebut dilakonkan oleh dua orang pelakon. Untuk filem The Matrix dan The Matrix Reloaded, Gloria Foster melakonkan watak Oracle sebelum digantikan oleh Mary Alice untuk filem The Matrix Revolutions.

Di dalam filem, penjelasan pertukaran pelakon ini dijelaskan dengan sedikit plot ringkas dimana pihak Merovingian telah memusnahkan struktur tubuh asal The ORacal. Rama Kandra dan Kamala kemudiannya buat perjanjian dengan Merovingan untuk tukarkan kod penusnah program Oracle dengan anak mereka, Sati sekaligus menyebabkan Oracle masih hidup tetapi dalam rupa baru.

Namun, disebalik kisah asal, watak Oracle lakonan Gloria Foster bertukar tangan disebabkan pelakon tersebut meninggal dunia disebabkan komplikasi diabetis pada 29 September 2001 pada usia 67 tahun. 

Adakah The Oracle akan kembali untuk filem The Matrix 4? Kita tunggu!


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Post a Comment

0 Comments