Dwayne Johnson Sahkan Dia Takkan Muncul Dalam Fast & Furious 10 & 11

Pelakon aksi Dwayne Johnson mengesahkan yang dia tidak akan muncul dalam filem Fast & Furious 10 dan juga Fast & Furious 11. Perkara itu sememangnya mungkin akan mengecewakan peminat namun, itu ialah keputusan yang harus diterima semua peminat. Namun, watak Hobbs masih lagi hidup di dalam dunia francais tersebut menerusi Hobbs & Shaw. 



Para peminat mula berteka-teki sama ada kemelut Dwayne Johnson dan Vin Diesel kembali membara apabila watak Luke Hobbs tidak muncul di dalam filem F9. Pertengkaran antara dua pelakon ini sudah mula semenjak 2016 lagi sebelum filem The Fats of the Furious ditayangkan. 

Dipendekkan cerita berkenaan pertengkaran sebelum ini, Dwayne Johnson dituduh melengahkan terbitnya filem Fast & Furious 9 demi untuk memberi laluan kepada spin-off watak Hobbs & Shaw.

Dalam satu artikel Variety, Dwayne Johnson mendoakan francais tersebut berjaya tanpa dirinya selepas ini. Dia juga turut membalas komen Vin Diesel baru-baru ini di Instagram. 

I laughed and I laughed hard. I think everyone had a laugh at that. And I’ll leave it at that. And that I’ve wished them well. I wish them well on Fast 9. And I wish them the best of luck on Fast 10 and Fast 11 and the rest of the Fast & Furious movies they do that will be without me.
Sama ada ketidak hadiran Dwayne Johnson kembali ke francais Fast & Furious disebabkan jadual padat ataupun sengketa, agak sukar untuk melupakan watak Luke Hobbs di dalam francais mega ini. Dwayne Johnson kelihatan agak sibuk dengan pembikinan filem Shazam dan juga terbaru, akan muncul dengan Jungle Cruise yang bakal ditayangkan.

Malah, Dwayne Johnson juga terlibat dengan filem Netflix pertamanya, Red Notice yang turut menggandingkannya dengan bekas pelakon Fast & Furious, Gal Gadot. 


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan