Ulasan Filem: The Babysitter Killer Queen (2020)


Tahun Terbit |
2020 
Pengarah | McG 
Pelakon | Judah Lewis, Emily Alyn Lind, Jenna Ortega, Robbie Amell 

Aku tak expect pun yang Babysitter ni perlukan sebuah sekuel. Filem pertama filem ni dah kemas dan cantik. Walaupun ada persoalan yang sengaja ditinggalkan di penghujung filem, aku rasa yang segala persoalan tu tidak perlu untuk dijawab dalam sebuah filem besar yang punya tujuan untuk itu sahaja. Babysitter: Killer Queen ialah sebuah ‘killer’ yang tidak mampu menjadi ratu!

Kenapa? Sebelum aku beri pendapat aku, Babysitter: Killer Queen ialah sebuah filem sekuel kepada filem Netflix Original yang memang mendapat pujian yang baik suatu ketika dulu. Kisahnya simple. Pasal seorang remaja yang dijaga oleh seorang babysitter pada satu malam yang mana terperangkap apabila mengetahui dia ialah sebahagian dari kultus ajaran sesat.

Di dalam sekuel yang memang tak perlu ada ni, Babysitter: Killer Queen berkesinambungan beberapa tahun selepas itu. To be exact, dalam filem ni Cole Johnson dah berada di high school. Dalam filem ni, Cole dan rakan barunya, Melanie terlibat dalam pengembaraan berdarah pada satu malam apabila musuh lama bangun dari kematian dan ingin memburu Cole sekali lagi.

Filem ni masih mengekalkan elemen slasher era 80an. Memang siapa yang suka elemen darah yang memang banyak dan melampau-lampau akan suka scene kematian dalam filem ni. Walaupun elemen pembunuhan dalam filem ni memang melampau, kuantiti scene sedemikian dalam filem ni agak kurang.

Aku menghadapi masalah dengan perjalanan filem ni yang agak terumbang ambing. Filem ni bermula dengan perjalanan kisah yang bagus, tapi apabila filem ni bergerak ke pertengahan, ianya seakan gagal untuk membawa aura sepertimana filem pertama. Kadangkala, menunggu filem ni berakhir seakan terlalu menyeksakan. 

Aku nampak yang filem ni sebenarnya lebih kepada menjawab persoalan dari filem pertama. Jelas sekali, pengembangan cerita dalam filem kedua Babysitter ni agak lemah dan tidak dibina dengan kemas. Malah, elemen kisah yang guna kejadian pada satu malam sahaja kelihatan agak dragging dan terlalu ringkas.

Jika ditanya kenapa aku menonton filem ni, one reason ialah sebab aku ingin tahu kemana hilangnya Bee selepas pengakhiran filem pertama. Dan semestinya jawapan itu ada. Tapi, hanya untuk menunggu persoalan itu terjawab, kita terpaksa menonton keseluruhan filem yang seakan dicipta dengan agak kurang menarik.

Tidak dinafikan gaya pengarahan McG masih berkualiti. Momen yang sangat ikonik dalam gaya pengarahannya tetap menarik untuk ditonton. Aspek kerja kamera dan juga kualiti setiap scene begitu menarik dan tidak dinafikan. Tapi, sayangnya, penceritaan filem ni menenggelamkan kesemua aspek baik filem ni.

Bagi yang sudah menonton The Babysitter, mungkin filem ni akan ditonton sebab korang nak tahu beberapa jawapan dari filem pertama. Bagi yang nak tonton sebab tak tahu apa-apa yang nak ditonton, filem ni bukan filem yang korang patut tonton. Bagi aku, The Babysitter: Killer Queen ni ialah sebuah penceritaan malas dan tidak patut ada.

Entah kenapa, McG berani untuk buat kisah yang agak teruk berbanding filem pertama hanya untuk menjawab sedikit soalan yang ditinggalkan di akhir filem pertama.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan